Assalamu’alaikum w.b.t.
Saya dan rakan-rakan di sini ada sedikit perkongsian tentang Tanaman Cili yang diusahakan oleh pihak Kolej Uniti iaitu tempat saya dan rakan-rakan menimba ilmu pada masa ini... Saya tidaklah mahir dalam pertanian tetapi saya diberi kesempatan untuk melawat ladang cili tersebut secara tidak langsung saya juga dapat pengalaman baharu serta memberi makna yang cukup baik buat diri saya yang berkaitan dengan ladang cili sedikit sebanyak dapat juga kita berkongsi pengalaman ini. Ladang ini ditubuhkan pada bulan sembilan tahun 2017.
Kawasan ladang cili kolej uniti..
Apa yang saya tahu cili ini terdapat dua warna iaitu warna merah dan hijau... warna merah tandanya sudah masak tetapi jika warna hijau ia masih boleh dimakan bukanlah tidak boleh , cuma warna merah ini mungkin akan lebih terasa pedasnya!
Ladang di kolej uniti ini mempunyai pokok cili sebanyak 2000 kesemuanya sekali. Kebanyakkan pekerja ladang cili ini terdiri daripada pelajar kolej uniti.. Selain itu, ladang cili ini juga menawarkan pekerjaan kepada pelajar kolej uniti untuk menambahkan wang saku mereka.. Jika pelajar mempunyai masa lapang dan tidak mempunyai tugasan bolehlah bekerja di ladang cili ini.. upah yang dibayar mengikut berapa banyak cili yang kita petik.. 1kg cili bersamaan rm4.00 , waktu bekerja pula mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang.. sesi pagi bermula dari pukul 8:30pagi sehingga 11:00 atau 12 tengahari..manakala sesi petang pula dari pukul 2:00 hingga pukul 6:00 petang sahaja.
No comments:
Post a Comment