Sunday, October 28, 2018

Laman Keusahawanan Kolej Uniti

Assalamu’alaikum w.b.t.

Saya dan rakan-rakan di sini ada sedikit perkongsian tentang Tanaman Cili yang diusahakan oleh pihak Kolej Uniti iaitu tempat saya dan rakan-rakan menimba ilmu pada masa ini... Saya tidaklah mahir dalam pertanian tetapi saya diberi kesempatan untuk melawat ladang cili tersebut secara tidak langsung saya juga dapat pengalaman baharu serta memberi makna yang cukup baik buat diri saya yang berkaitan dengan ladang cili sedikit sebanyak dapat juga kita berkongsi pengalaman ini. Ladang ini ditubuhkan pada bulan sembilan tahun 2017.

Image result for kolej uniti cili fertigasi

Kawasan ladang cili kolej uniti..

Apa yang saya tahu cili ini terdapat dua warna iaitu warna merah dan hijau... warna merah tandanya sudah masak tetapi jika warna hijau ia masih boleh dimakan bukanlah tidak boleh , cuma warna merah ini mungkin akan lebih terasa pedasnya!

















Ladang di kolej uniti ini mempunyai pokok cili sebanyak 2000 kesemuanya sekali. Kebanyakkan pekerja ladang cili ini terdiri daripada pelajar kolej uniti.. Selain itu, ladang cili ini juga menawarkan pekerjaan kepada pelajar kolej uniti untuk menambahkan wang saku mereka.. Jika pelajar mempunyai masa lapang dan tidak mempunyai tugasan bolehlah bekerja di ladang cili ini.. upah yang dibayar mengikut berapa banyak cili yang kita petik.. 1kg cili bersamaan rm4.00 , waktu bekerja pula mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang.. sesi pagi bermula dari pukul 8:30pagi sehingga 11:00 atau 12 tengahari..manakala sesi petang pula dari pukul 2:00 hingga pukul 6:00 petang sahaja. 

Monday, October 22, 2018

Perbezaan otak kiri dan kanan


Perbezaan dan kelebihan fungsi otak kiri dan otak kanan.Ok seperti yang kita tahu otak kita ibarat sebuah komputer yang besar dimana mempunyai kelebihan, kelemahan, kekuatan, kekurangan dan cara tersendiri otak kita  berkerja untuk memproses maklumat.

     OTAK KIRI
  • Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  •  Menganilisis secara terperinci.
  • Berfikir secara linear (pengelolaan).
  • Menguasai matematik.
  • Menggunakan logik.
  • Memahami bahasa.
  • Memahami lisan.
  • Peka kepada fakta.
  • Berfikir menggunakan perkataan.
  • Mengingat lirik lagu.
  • Perlukan rasional.
  OTAK KANAN
  • Mencari ilham (intuisi).
  • Berfikir secara kreatif.
  • Berkaitan seni.
  • Menggunakan imaginasi.
  • Bersifat subjektif.
  • Retma (rentak/intonasi).
  • Memahami tanpa lisan.
  • Perasaan (emosi).
  • Berfikir menggunakan gambaran.
  • Menghayati irama lagu.
  • Ada visi.

Tuesday, October 16, 2018

Idea Pantun Kami

Idea pantun ini daripada kami berempat yang diberikan tugas untuk membina sebuah pantun empat rangkap yang bertemakan FLORA. 

Pantun ini kami membuat secara individu yang tidak dapat orang lain buat ahahah


Bunga rafflesia di sabah,
Sabah terletak di malaysia,
Jika akhlak tidak tabah,
Hidup pasti akan sia-sia.

         Rama-rama menghiasi taman,
         Taman terletak di jalan rahsia,
         Budi pekerti menjadi pendoman,
         Untuk pengekal akhlak manusia.

Pergi ke kedai membeli bunga,
Untuk ibu yang saya cinta,
Adab kita perlulah di jaga,
Agar hidup tidak derita.

         Bunga matahari cantik sekali,
         Dihinggap pula seekor lebah,
         Andai ujian ditimpa berkali,
         Jangan bersedih teruslah tabah.
         

          
         

Apa Itu Pantun?

ASAL USUL PANTUN MELAYU 

Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.


KEPENTINGAN PANTUN MELAYU

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk memdidik, meluahkan rasa kasih sayang dan rindu, menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih, adat istiadat, sindiran dan tempelak, menguji minda dan sebagai hiburan.